Kematian tidak mengira usia. Apabila tiba pada masanya, tidak akan terlewat wlupun sesaat. Sebelum menemuinya, adakah sudah cukup amalan kita yg menjadi bekalan kita di akhirat? Apakah sudah terampun dosa-dosa kita dengan Allah dan manusia? Adakah kita sudah bertaubat kepada Allah dan bermaafan sesama manusia atas kesilapan kita? Adakah kita sudah memaafkan kesilapan dan kesalahan orang lain yang pernah mengundang amarah dan kebencian di hati kita satu ketika dahulu?
Tiada seorang manusia yang sempurna di dunia ini melainkan Rasulullah S.A.W. yang dianugerahkan keperibadian dan perwatakan yang istimewa kerana padanyalah terdapat contoh untuk diteladani. Tiada seorang manusia yang tidak pernah membuat kesilapan. Sedangkan diri kita pun hari-hari pasti akan membuat kesilapan samada secara sedar atau tidak. Rela memaafkan. Sekiranya kita mahu Allah memaafkan kesilapan kita, kita sewajarnya memaafkan orang lain dan rela melupakan kesilapan-kesilapan mereka. Ia juga merupakan sebahagian dari maksud berbuat baik dengan insan lain.
Allah menerangkan ciri hamba-hambaNya yang beriman:
Iaitu orang-orang yang menafkahkan (hartanya), pada waktu lapang mahupun sempit, orang-orang yang menahan kemarahannya dan memaafkan orang lain. Allah menyukai orang-orang yang melakukan kebaikan. (Ali Imran 3: 134).
Bahkan, Allah berfirman:
Dan janganlah orang-orang yang berharta serta lapang hidupnya dari kalangan kamu, bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kaum kerabat dan orang-orang miskin serta orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (An Nur 24: 22).
Bersesuaian dgn azam baru pada permulaan tahun 2012 yang pernah kucoretkan dahulu di dalam blog ni (tapi dirahsiakan), memahami erti kemaafan yang sebenar merupakan salah satu cabang dari resolution points aku. Hidup tak pernah sunyi dari dugaan dan cabaran. Pasti akan terpalit juga rasa marah dan benci terhadap sesuatu. Dengan berlapang dada dan mengharapkan petunjuk dan keredhaan dari-Nya, melalui kemaafan pasti kita akan menemui sebuah ketenangan yang indah.
Segeralah bertaubat kepada Allah.
Bermaafan dengan ikhlas kerana Allah.
Bermaafan dengan ikhlas kerana Allah.
Sebelum terlewat, sebelum terlepas.
Kerana masa tidak akan dapat diundur kembali.
Dan kerana perjalanan hidup kita akan berakhir dengan kematian.
No comments:
Post a Comment