It's Sunday nite..
Sudah lama blog ni tak aku hapdet kan.. Sibuk dengan tugasan kerjaya dari pagi hingga ke malam... Sampai di rumah selesai shj solat Isyak, mmg tempat beradu yang aku singgah selepas itu.. Alhamdulillah rezeki berkerjaya di sebuah organisasi yang benar2 sesuai dengan jiwaku, aku suka dengan persekitaran yang tenang, rakan sekerja yang mesra wlupun tugasan aku berat dan memerlukan stamina serta kekuatan mental yang tinggi..
Terdetiknya nak menaip di blog ni setelah air mataku gugur dan terasa kesedihan yang tidak tahu apakah punca sewaktu aku membaca Surah Yasin setelah selesai solat Maghrib tadi. Mungkin aku merindui kg halamanku, terkenangkan kedua wajah ibu bapa ku, kucing kesayangan ku dan ketenangan yang aku cintai di kg halamanku..
Selama 2 tahun aku tinggal di sana setelah tamat pengajian, 2 tahun aku bergelar sebagai penganggur.. pencari kerja yang tidak berkesudahan.. Dalam 2 tahun itu juga, begitu cepat masa berlalu namun pelbagai ujian dan rintangan yang telah aku tempuhi.. Hanya Allah yang tahu penderitaan aku bagaimana.. Rupa2nya Allah mahu hadiahkan aku sebuah pelangi indah setelah hujan dan taufan melewati dalam 'chapter' kehidupanku..
Tetapi cabaran hidup pasti akan sentiasa hadir untuk mendidik dan mengajar setiap insan. Lain orang, lain cabarannya. Lain orang, lain kesudahannya. Setiap cabaran dan dugaan yang dihadapi pasti akan ada hikmahnya untuk digunakan pada masa hadapan.. Setiap hari, aku kentalkan semangat dengan mempercayai kebolehan diri sendiri, bersumber inspirasikan kedua ibu bapaku dan yang paling utama sekali cintaku kepada Allah S.W.T.
"You never know how STRONG you are until being STRONG is the only choice you have".
![]() |
| Workstation aku.. My parents' pix & my fav quote.. |

No comments:
Post a Comment