Like Yesterday - Colbie Caillat



Monday, May 28, 2012

Bird

Di tgh2 senjakala 28.5.12, sedang nak bancuh air nak ilangkan dahaga setelah mengharungi hari yang panas. Tetiba dengar bunyi binatang menjerit kat luar rumah. Dalam hati terdetik "Eh kucing aku ni tgkp pe ni?" Kelam kabut buka pintu, tgk2 kucingku tgh menggonggong seekor burung dlm mulutnya. "Noni!!' aku menjerit. "Kamu tgkp pe ni??' Noni terus letak burung tu atas lantai. Burung tu dalam keadaan lemah, cuba nak larikan diri tapi dah tak boleh nak terbang tinggi. Kesian tgk burung tu. Nak pegang tapi takut kuku burung tu tajam tapi akhirnya aku beranikan diri untuk pegang burung tu, dimulakan dengan Bismillah. Terasa degupan jantung burung tu laju sebab ia takut. Noni pulak ingat aku nak suapkan dier burung tu. Sori Noni, aku tak sgup nak tgk burung kene makan mcmni. 

Aku bwk burung tu masuk dlm rumah. Noni menjerit2 kat luar, mintak dipulangkan balik burung tangkapan dier. Hahaha. Aku usap kepala burung tu. Ternyata ia mampu tenang selepas itu. Tajam renungan mata burung tu tgk aku. Ok tgkla lama2. Mata bertentang mata wahaha. Semoga kita ketemu di syurga nnti ya burung? 

Kalo ade sgkar burung kat umah, nak bagi dier stay overnight sbb dier dlm keadaan penat. Ekor penguat dier dh tercabut. Spesis burung murai batu. Noni punye keje la ni gi cabut ekor burung tu haih Noni..Noni.. Tapi oleh sebab takde sangkar, jadi aku lepaskan dia bertenggek kat tiang kayu di luar rumah. Hopefully burung ni akan sihat kembali menjelang siang nanti. Terbang lah wahai si murai. Have your freedom...

Alhamdulillah. A wish come true. I always hope to hold a wild bird in my hands.
I'm thankful for the amazing feeling of holding one of Allah's best creatures.


Feels like I am a Snow White versi Melayu minus the poisoned apple & evil stepmother. While the Prince Charming.. still working on it. Hahaha!!.

No comments:

Post a Comment