Like Yesterday - Colbie Caillat



Friday, May 18, 2012

Rainbow

Hari2 suke tgk langit senja sejak dari zaman kanak2 lagi.. tenang sentiasa.. 
Captured dari luar tingkap bilik.. dan my little Eiffel Tower merangkap pencawang letrik. 

Tidak dapat digambarkan dgn kata2 apa yang sedang aku rasai ketika ini.. 
Tika memandang langit senja kali ini hatiku sayu..
Melihat berakhirnya satu hari lagi..
Menyaksikan ia berlalu.

Dikala kosongnya mindaku, 
Bagaikan filem lama diputarkan kembali, 
Segala yang telah berlaku di masa lalu,
Waktu dari kecilku hingga dewasa kini,
Kembali segar di awanan memori.

Pelbagai rencah dan corak peristiwa telah ku alami.
Yang manis, memberikan senyuman.
Yang pahit, memberikan kekesalan.
Lumrah dalam kehidupan hakiki.

Detik bahagia pernah ku kecapi.
Detik derita pernah ku rasai.
Silih berganti.
Ujian dan cabaran.
Tanda kasihnya Allah kepada hambanya.
Selepas hujan timbulnya pelangi.

Pernah satu ketika aku dihujani,
Kilat dan petir bagaikan sambung menyambung sesama sendiri,
Satu persatu perkara mendugai jiwa ini,
Tangisan air mata menjadi rutin sehari-hari,
Menempuh ujian seorang diri.

Musim itu telah berlalu,
Pelangi muncul selepas itu,
Indahnya kurasa kehidupan disaat itu,
Kerana terbalas sudah penderitaan masa lalu.


Belum selesai lagi tugasku sebagai khalifah di muka bumi ini.
Pasti diuji sekali lagi.
Kini lebih hebat, lebih berganda, lebih mencabar diri.
Kekuatanku bagaikan lemahnya bateri.
Ku sandarkan segalanya kepada Ilahi.
Agar tidak patah semangatku lagi.
Kerana tidak sanggup ku berhujan selamanya tanpa sang pelangi.

Wahai pelangi, aku ternanti-nanti kehadiranmu..


No comments:

Post a Comment